Sesiapa yang mengekalkan mambaca AlFathihah diantara
sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka fazilatnya
ialah:
Meminta pangkat melainkan dapat.
- · Ia miskin melainkan kaya.
- · Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
- · Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
- · Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
- · Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.
Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada
al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:
“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri
Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di
negeri itu pada setiap hari.”
“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya
membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak
tersebut.”
“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit
itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya
berkurangan.”
Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas
seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.

No comments:
Post a Comment